Friday, July 29, 2011

HPV Roche (cobas® 4800 HPV test)

Diari kesihatan
Charactor: Dr. Sakit Puan
Location: Hospital Serdang...
Mode: sedey..di kelilingi oleh pesakit..


salam perpaduan to all readers..


This entry fara nk share to all woman especially..but for guys it doesn't matter if u have knowledge n information about this...


hey readers, did u know HPV Roche (cobas® 4800 HPV test)???
erm dis question i asked to my friend(ladies)..erm so bad sbb bende2 pntg cmni mereka xambil kisah..


" HPV Roche (cobas® 4800 HPV test) ni Ujian baharu daripada Roche Diagnostics, iaitu ujian HPV Roche (cobas® 4800 HPV test) kini boleh didapati di Malaysia. Secara lebih khusus, ujian itu mengenal pasti dua jenis virus penyebab risiko paling tinggi iaitu HPV 16 dan 18. Setiap satunya dikenal pasti menjadi punca bagi 70 peratus daripada kes.Ia mengesan kehadiran HPV yang menyebabkan lebih 99 peratus daripada semua kes kanser serviks. Secara tidak langsung, ia membantu mengenal pasti wanita yang berisiko lebih tinggi.Terdapat lebih 100 jenis HPV. Sebanyak 14 jenis daripadanya dianggap berisiko tinggi untuk menular menjadi kanser serviks.Daripada 14 ini, dua jenis mempunyai kebarangkalian paling tinggi mengakibatkan kanser serviks, iaitu HPV 16 dan 18. Wanita dengan HPV 16 atau 18 berisiko 35 kali ganda lebih berkemungkinan menghidap kanser serviks berbanding mereka yang tanpa HPV.




UJIAN pap smear tidak dapat mengesan kehadiran HPV 16 dan 18.


Ujian HPV Roche baharu yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) itu mengenal pasti HPV 16 dan 18 secara berasingan dan pada masa yang sama mengesan 12 jenis HPV risiko tinggi dalam keputusan terkumpul.

Kanser serviks ialah kanser kedua paling umum dalam kalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara.

Barah pangkal rahim itu meragut nyawa lebih daripada 600 wanita di seluruh negara setiap tahun iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar di negara seperti United Kingdom dan Belanda. Negara juga menanggung perbelanjaan kira-kira RM52 juta setahun untuk rawatan penyakit tersebut.

Buat masa ini, ujian paling umum bagi kanser serviks ialah pap smear. Namun begitu, satu kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati bahawa seorang daripada 10 wanita yang diuji positif untuk HPV 16 atau 18 menggunakan ujian HPV Roche, mengalami prakanser serviks meskipun keputusan pap smear mereka normal.
HPV merujuk kepada virus papilloma manusia. Kanser serviks juga disebabkan oleh jangkitan terus-menerus dari HPV jenis onkogenik iaitu yang berpotensi menyebabkan kanser.
Langkah mengenal pasti kanser serviks pada peringkat awal adalah amat kritikal kerana kadar penyembuhan bagi prakanser ialah 98 peratus.
Bagaimanapun, apabila penyakit telah menular menjadi kanser dan merebak kepada organ lain, tidak sampai 20 peratus wanita dapat hidup lebih lama daripada lima tahun.


Y i wrote dis entry...???


coz lately ni i heard a few of my friend having cancer...mcm2 jenis yg ade...so kesian sgt pd mereka...
erm fara xde la rase umur tue sgt.msih di awal 20-an..hehehe...but ade sorang ladies ni pesan kat fara jage kesihatan sejak mude lagi...jgn tggu sakit..haha...so sekarang..bnde2 berminyak ke ape ke...fara dah kurangkan..huwawa..but MCD stil lagi mkn...erm my dear said..fara ni skrg cerewet bab mkn...haha...so dulu fara xmkn sayur langsung..skrg byk dah..terutame ulam sbb nk awet mude n cantik..perlu ke???
yes perlu..sbb wanita suke pd kecantikan..tpy kene jge kesihatan....kita xboleh nk menghalang takdir but kite berusaha tuk mencegah penyakit dgn cara yg sepatutnye..


Rumusan:


  •  dulu n sekarang kaedah nk check kanser serviks..gune kaedah pap smear...but keputusan xtepat kern xdpt kesan HPV 16 n 18
  • Now terbaru kaedah HPV Roche boleh kesan HPV 16 n 18
  • HPV merujuk kpd virus popiloma manusia.terdapat lbh 100 jenis HPV yg mnybbkan kanser but 14 drpdnye menybbkn kanse serviks...yg paling kritikal HPV 16 n 18 yg menunjukkan kebarangkalian mneghidap kanser serviks
  • Tempat rawatan: Rocas 4800 HPV atau Ujian HPV Roche kini boleh didapati menerusi beberapa rangkaian makmal seperti Clinipath, Lablink, Biolife Lab dan Pusat Perubatan Prince Court sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Kemudahan pengesanan terbaru ini dikenakan caj RM200 hingga RM250 bagi setiap ujian. 
p/s: fara bukan doktor,..tpy fara terbace artikel ni kat akhbar...hehe...





No comments: