Saturday, December 3, 2011

SeManisNye EpaL Ade RahsieNye

Petang...
arini mood cik fara nak berblog jerk..sebabnye cik fara tgh TENSION ngan pembacaan jurnal n buku berkaitan Training Need Assesment(TNA)...ha lupekan fasal ketensionan cik fara..ni nak share pasal semanisnye sebiji epal tu sbnrnye byk khasiat yg kite xtau...(klu yg jenis menggoogle tu lain la citer kan)..now habit cik fara plak makan epal setiap hari..hahha...ni cik fara search la ape yg berkaitan ngan sebiji epal tu...

kiut miut epal cik Fara

MENGURANGKAN KOLESTROL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangakan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan  epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

MENGAWAL GULA DALAM DARAH
Fitonutrien dlm epal boleh membantu mengawal gula dlm darah melalui pelbagai mekanisme. Dalam sebiji epal mengandungi Flavonoid spt quercetin boleh merencat enzim  alpha amilase  dan alpha glucosidase yg membantu mememchakan karbohidrat kompelks kpd gula ringkas, Manakala  polyphenols mampu utk mengurangkan penyerapan glukosa dr saluran penghadaman utk merangsangkan sel2 beta pankreas utk mengeluarkan insulin melalui rangsanga reseptor insulin. Mekanisme polyphenols mampu mengwal gula dlm darah anda

MENCEGAH KANSER
Menurut kajian Dr.Lui. dlm "Natural Article" mengatakan bahawa kombinasi Flavanoid & Polyphenols membantu untuk mencegah kanser berikutan sifatnye yg anti-oksidan. Selain itu ia melindungi sel dan tisu daripada dimusnahkan oleh radikal bebas dlm badan kite..

MEMANJANGKAN USIA
Kerana sifatnye yg anti-oksidan maka dapat membantu utk memanjangkan umur kire-kire  10 peratus. so pasni u olss mkn la epal byk2 yerk

Kebaikan epal turut mendapat pandangan positif daripada pakar pemakanan di institusi kesihatan utama.
Menurut Pakar Diet Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing, keunikan epal ialah, ia tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat termasuk anti-oksidan yang meningkatkan prestasi badan.


Kata Yen Sing, kajian juga menunjukkan bahawa epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, lantas mengurangkan kolesterol darah.




Seorang lagi pakar pemakanan yang mengkhusus dalam penyelidikan buah, Prof. Madya Dr. Rokiah Mohd Yusof yang merupakan Pakar Pemakanan di Universiti Putra Malaysia juga berpendapat epal baik untuk kesihatan adn merupakan salah satu pilihan buah yang sesuai di pasaran.




''Saya menggalakkan orang ramai mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari," kata Dr. Rokiah
kredit to: http://whfoods.org/genpage.php?tname=foodspice&dbid=15
              http://www.appleproducts.org/pr14.html


 P/S:Ingat tak dulu2 mase since at primary scool lg kite sllu dgr cikgu pesan dlm kelas Eng. Language:

" An apple a day keeps the doctor away"

jom follow cik fara mkn epal hari-hari...

No comments: